SERONOKNYA BELAJAR BAHASA
Monday 3 December 2012
AKTIVITI - AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG TAHUN
Pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu Peringkat Daerah Bera
Bersama Guru Yang Berdedikasi
Rehat Sambil Menunggu Keputusan
Tarian Murid-murid Yang Menjadi Johan Daerah
Sambutan Hari Guru Sekolah 2012
Thursday 15 November 2012
Kata Adjektif
Kata Adjektif ialah perkataan yang
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat,
banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda,
orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1.
Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
A. Jenis-jenis kata Adjektif
3.
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan
sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin,
paling tinggi, dan sebagainya.
1. Adjektif Jati
Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
Contoh
Buku itu berwarna biru.
Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
Contoh
Ayah memiliki dua buah kereta.
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
contoh
Baju ini mahal harganya.
Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau
selonggok-selonggok.
Contoh
Setiap pelajar mesti berdiplin.
Ambil barang masing-masing.
2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan
4. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada
jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti
sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti
hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran
seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak
seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

B. Pangkat-pangkat Adjektif
1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata
adjektif biasa.
Contoh
Baju dia cantik.
Buah betik itu manis.
2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih
atau kurang.
Contoh
Tenaganya sekuat Badang.
Buah jambu itu semanis gula.
3. Pangkat menyangat
Ia menerangkan adjektif yang
keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.
Contoh
Cuaca hari ini sangat mendung.
Buah rambutan ini terlalu masak.
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau
penghabisan.
Contoh
Gunung Kinabalu adalah gunung yang
paling tinggi di Malaysia.
Menera KLCC bangunan yang tertinggi
di Malaysia.
Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang
digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih
perkataan, frasa, atau ayat.
Saturday 3 November 2012
Kata Ganti Nama Diri Tanya
KATA GANTI NAMA
DIRI TANYA
Kata
Ganti Nama Diri Tanya
1. Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang merujuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya.
Contoh:
• Apa merujuk kepada benda atau perkara.
• Siapa merujuk kepada orang.
• Mana merujuk kepada benda atau orang.
2. Partikel –kah hanya digunakan apabila kata ganti nama diri tanya digunakan di hadapan ayat.
Contoh:
• Apakah nama bangunan yang tertinggi di dunia? [betul]
• Nama bangunan yang tertinggi di dunia apakah? [salah]
3. Kata ganti nama diri tanya yang digandakan akan bertukar menjadi kata ganti tak tentu.
4. Contoh kesalahan dalam ayat:
• Dia tidak membawa apa kelengkapan memasak untuk perkhemahan kerana terlupa. [salah]
• Dia tidak membawa apa-apa kelengkapan memasak untuk perkhemahan kerana terlupa. [betul]

LATIHAN :- SILA LAYARI WEB INI:-
http://www.zoom-a.com/
Kata Nama Am dan Khas
KATA NAMA AM DAN
KATA NAMA KHAS
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
1. Perkataan yang biasanya menamakan orang atau benda.
2. Perkataan yang menjadi inti pada binaan frasa nama.
3. Jenis kata nama:
a) Kata Nama Am
i. benda/perkara yang umum sifatnya
ii. ejaannya berpangkal huruf kecil (kecuali memulakan ayat)
iii. dapat digandingkan dengan kata bilangan ataupun penjodoh bilangan.
Contoh:
• Beberapa orang guru perempuan telah terlibat dalam perkhemahan itu.
• Pelajar itu mengambil sebuah kerusi lalu duduk di barisan hadapan sekali.
iv. kumpulan kata nama:
• abstrak – mimpi, angan-angan, dan cita-cita
• benda – kerusi, meja, dan pen
• manusia – orang, guru, dan polis

• binatang – kancil, lembu, dan angsa
b) Kata Nama Khas
i. nama yang khusus
ii. ejaannya berpangkal huruf besar
iii. kumpulan kata nama:
• manusia – Ahmad, Mahmud, dan Ah Seng
• tempat – Kuala Lumpur, Ipoh, dan Kangar
• binatang – Si Tompok, Pak Belang, dan Pak batik

Thursday 1 November 2012
Bersama Belajar Tentang Bidalan Dan Pepatah
Bidalan
- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.
- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.
Bidalan
|
Maksud Bidalan
|
1.Alah membeli menang memakai
|
Beli barang
bernilai kerana mutunya tinggi
|
2.Diam ubi berisi, diam penggali
berkarat
|
Orang bijak
kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa.
|
3. Hati
hendak semua jadi
|
Jika ingin
melakukan pasti boleh berjaya
|
4.Hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
|
Jika mahu
melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu
melakukan kerja mesti mempunyai pelbagai alasan
|
5.Jauh
berjalan banyak pemandangan, lama
hidup banyak dirasa |
Lama hidup
meuaskan pengalaman dan pengetahuan
|
6.Nak kaya
berdikit-dikit
|
Kalau hendak kaya harus berjimat
cermat
|
7.Sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit
|
Melakukan
perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya
|
Pepatah
Pepatah
|
Maksud Pepatah
|
1.Alah bisa tegal biasa
|
Kalau selalu
melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan
|
2.Kata itu
kota
|
Janji mesti
ditunaikan
|
3.Ketengah
boleh, ke tepi pun boleh
|
Orang yang
sesuai di bawa ke mana sahaja
|
4.Manusia
punya asa, Tuhan punya kuasa
|
Tuhan
berkuasa ke atas segala hamba-Nya
|
5.Ikut suka
luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa
|
Kita tidak
boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak
|
6.Hilang
bahasa lenyap bangsa
|
Kalau hilang
sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsanya lagi
|
Subscribe to:
Posts (Atom)